BELGRADE, 27 DIS – Seorang lelaki berusia 30 tahun yang baru pulang dari Afrika Barat disahkan sebagai kes mpox baharu di Serbia hari ini. Ia juga merupakan kes mpox pertama yang disahkan di wilayah Kosovo, menurut Institut Kesihatan Awam serantau.
Institut tersebut menyatakan bahawa pesakit dimasukkan ke hospital pada 24 Disember dengan simptom seperti demam, menggigil dan luka kulit pada wajah serta tangan. Keadaannya dilaporkan stabil.
Pihak berkuasa telah mengesan semua kontak rapat pesakit dan mengeluarkan garis panduan kawalan jangkitan bagi mencegah kemungkinan penularan, menurut institut itu.
Serbia mengesahkan kes mpox pertama pada Jun 2022. Pertubuhan Kesihatan Sedunia terus mengklasifikasikan wabak mpox sebagai kecemasan kesihatan awam. – Xinhua
