Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serbia tawar wang tunai bagi penerima vaksin

    BELGRADE, 5 MEI – Presiden Serbia mengatakan hari ini negaranya akan membayar setiap warganegara yang mendapat suntikan COVID-19 sebelum akhir Mei ini, skim pertama di dunia memberikan wang tunai kepada individu yang diberi suntikan vaksin.

    Serbia membeli berjuta-juta dos dari syarikat Barat, China dan Rusia dan menjadi pusat vaksin serantau apabila ia menawarkan peluang kepada orang asing untuk diinokulasi.

    Namun, setelah melakukan vaksinasi sepenuhnya sekitar 1.3 juta daripada tujuh juta penduduknya, kempen vaksinasi itu mula terhenti.

    “Semua yang menerima vaksin pada 31 Mei akan mendapat 3,000 dinar (AS$30),” kata Presiden Aleksandar Vucic kepada media tempatan, sambil menambah bahawa beliau menjangkakan tiga juta akan diberi vaksin pada akhir bulan ini.

    Vucic mengatakan negara itu ingin ‘memberi penghargaan kepada orang yang bertanggungjawab’.

    Seorang wanita tua menerima dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 di dewan sukan El-Menzah di ibu negara Tunisia kelmarin. – AFP

    Tetapi beliau menambah pegawai awam yang tidak menerima vaksin tidak akan mendapat cuti bergaji jika mereka dijangkiti virus tersebut.

    Serbia berharap dapat meningkatkan lagi kempen vaksinasinya esok dengan menawarkan vaksin di pusat membeli-belah dan memberi hadiah kepada para sukarelawan.

    “Saya tidak pernah menemui mana-mana yang menerima perubatan dibayar untuk vaksinasi COVID-19,” kata ahli epidemiologi Serbia, Zoran Radovanovic kepada AFP.

    “Jadi kita mungkin yang pertama bukan sahaja di Eropah, tetapi juga dunia.”

    Namun, beliau mengingatkan bahawa menggalakkan vaksin dengan wang boleh menjadi serampang dua mata.

    Ia boleh menggalakkan segelintir yang hidup dalam kemiskinan tegar untuk mendapatkan vaksin, tetapi sebahagiannya lagi mungkn akan menentang,” kata Radovanovic. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda