Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Serbuan sasarkan mafia Itali

    BRUSSELS, 3 MEI – Polis di lapan negara Eropah menyerbu 150 alamat hari ini dalam satu operasi besar-besaran yang menyasarkan mafia Itali ‘Ndrangheta yang terkenal, kata pendakwa raya Belgium hari ini.

    “Ia berkemungkinan operasi terbesar pernah dijalankan di Eropah terhadap mafia Calabrese,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya persekutuan, Eric van Duyse, pada sidang akhbar.

    Beliau berkata 1,400 pegawai polis di Itali terlibat dalam serbuan itu, mengubah jumlah 3,000 yang diberikan pendakwa sebelum ini dalam satu kenyataan.

    Beliau juga berkata bahawa lebih 1,000 pegawai polis di Jerman mengambil bahagian dalam operasi itu.

    Van Duyse berkata serbuan Eropah itu dicetuskan daripada siasatan pendakwa Belgium yang dibuka lima tahun lalu ‘di bawah kerahsiaan terbesar’.

    Negara EU di mana serbuan berlaku ialah Itali, Jerman, Perancis, Belgium, Sepanyol, Portugal, Slovenia dan Romania, kata pendakwa raya.

    Di Belgium, terdapat 25 serbuan polis, dan 13 orang telah ditangkap, termasuk sekurang-kurangnya enam yang dikehendaki di bawah waran tangkap Eropah yang dikeluarkan oleh Itali. – AFP

    Seorang pegawai polis memasuki kereta bersama seorang lelaki ditahan semasa serbuan di Hagen, Jerman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...