NEW YORK, 29 OGOS – Serena Williams akan mengambil bahagian dalam Terbuka AS yang bermula Isnin ini ketika pemenang Grand Slam 23 kali itu bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis.
Dengan kiraan detik persaraannya bermula selepas mengumumkannya pada awal bulan ini, Williams akan melangkah ke gelanggang di Stadium Arthur Ashe di Flushing Meadows yang menjadi penampilan terakhirnya dalam Grand Slam acara perseorangan wanita.
Williams berusia 40 tahun merupakan ikon dalam sukan tenis yang memenangi gelaran Grand Slam pertamanya di tempat yang sama pada tahun 1999, menjulang trofi sebagai pemain ketika berusia 17 tahun.
Dalam sesi malam Isnin perlawanan yang bermula pada 7 malam, Williams akan menentang Danka Kovincic dari Montenegro, merupakan pemain nombor 80 dunia.
Sama ada Williams dapat melanjutkan kempen Terbuka AS selepas perlawanan itu, masih belum diketahui.

Dalam perlawanan terakhirnya di Cincinnati Masters awal bulan ini, Williams dibelasah 6-4, 6-0 oleh pemain daripada British, Emma Raducanu.
Menang atau kalah, Williams tidak akan meninggalkan sukan tenis Terbuka AS dengan serta-merta.
Pada Sabtu, penganjur mengesahkan bahawa dia dan kakaknya, Venus Williams telah diberikan kad kebenaran ke kejohanan beregu wanita, yang bermula Rabu.
Ia merupakan kali pertama bagi adik-beradik Williams bermain dalam acara bergu sejak 2018, menyatukan semula gandingan yang menghasilkan 14 gelaran Grand Slam dan tiga pingat emas Olimpik.
Setiap kali Serena Williams meninggalkan pentas tenis, dia akan berbuat demikian selepas kerjaya yang telah meninggalkan legasi dalam sukan tenis.
“Saya fikir ia adalah perkara terbesar yang pernah ada dalam sukan ini,” kata Naomi Osaka dari Jepun pada Sabtu lalu. – AFP