SYDNEY, 24 Sept – Serena Williams berkata, dia mahu melupakan kontroversi tewas di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi kekal menyatakan jurulatihnya tidak memberi sebarang arahan kepadanya ketika itu.
Pemenang 23 kejuaraan Grand Slam itu tewas straight set kepada pemain Jepun, Naomi Osaka selepas bertekak bersama pengadil perlawanan, Carlos Ramos dari Portugal.
Serena melabelkan Ramos sebagai perompak dan penipu yang kemudian menyaksikan dia tewas dalam perlawanan itu.
Menerusi temuramah bersama televisyen Australia, bintang AS itu mendakwa, pemain lelaki tidak akan menerima layanan sama seperti yang dialaminya.
“Ketika ini seperti yang sudah dibuktikan, kami tidak berada pada kedudukan sama dengan lelaki.
“Apapun saya hanya mahu melupakan perkara itu,” katanya.
Serena berkata, dia melalui detik yang menakjubkan sebelum tewas 2-6, 4-6 kepada Naomi.
Jika meraih kemenangan ketika itu, ia adalah koleksi Grand Slamnya yang ke-24 sekali gus menyamai pemain Australia, Margaret Courts.
Williams berkata dia tidak melihat orang Perancis membuat isyarat dan melabelkan keputusannya selepas itu ‘saat yang sangat membingungkan’.
“Saya bertanya kepada beliau ‘apa yang anda katakan semasa anda menjadi jurulatih?’, katanya.
“Kami tidak mempunyai isyarat, kami tidak pernah mempunyai isyarat. Dia berkata dia membuat isyarat dan saya berkata, ‘OK jadi anda membuat isyarat dan sekarang anda memberitahu orang yang anda jurulatih saya?’
“Itu tidak masuk akal, kenapa anda bercakap seperti itu?” – AFP