Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serena rasa bimbang pandemik COVID-19

    LOS ANGELES, 22 MAC – Serena Williams mengatakan terasa terpinggir ketika dia melakukan penjarakkan sosial yang dianjurkan oleh pakar kesihatan dalam usaha untuk mencegah penularan koronavirus (COVID-19).

    Juara Grand Slam sebanyak 23 tahun itu menunjukkan beberapa video di aplikasi TikTok yang menggambarkan kebimbangan terhadap anak perempuannya, Olympia, yang berusia dua tahun.

    “Sekarang saya telah menjauhkan diri untuk benar-benar dalam masa yang lama, mungkin selama dua minggu dan setiap perkara kecil membuat saya gila,” kata Serena.

    “Dan dengan kebimbangan saya maksudkan saya rasa terpinggir. Setiap kali ada sesiapa bersin di sekeliling saya atau batuk saya jadi bimbang, saya tidak keluar dengan sesiapa dan apabila saya mengatakan sesiapa yang saya maksudkan ialah anak perempuan saya.

    “Dia terbatuk, saya marah dan melihat dia, saya memberikan dia ‘kemarahan Serena’ dan kemudian saya sedih.

    Aksi Serena Williams pada perlawanan yang lalu. Serena merasa bimbang sejak diarahkan kekal berada di rumah akibat penularan wabak COVID-19. – Agensi

    “Saya jadi, ‘Adakah dia OK? Adakah terdapat sesuatu yang salah dengan anak perempuan saya? Adakah ada apa yang saya boleh lakukan?’ Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, saya tidak mahu hanya bersantai sahaja, saya benar-benar di dalam tekanan.”

    Williams berkata seperti kebanyakan orang lain, dia mula berfikir koronavirus tidak akan menjejaskannya.

    “Dan kemudian tiba-tiba Indian Wells dibatalkan dan saya seperti, ‘Oh, OK, itu pelik tetapi saya mempunyai sedikit masa dan saya akan menikmati masa itu,’” katanya ketika ATP yang berprestij dan Kejohanan WTA di Indian Wells, California, dibatalkan awal bulan ini.

    Tetapi semakin banyak pembatalan acara sukan, Williams berkata dia menjadi semakin cemas.

    “Ia sudah berlaku, kita akan menempuhinya, kita perlu,” tambah Williams, yang telah menggunakan platform media sosial Instagram, untuk menggesa pengikutnya agar mengikut nasihat kesihatan supaya kekal berada di dalam rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda