Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serena tangguh sidang akhbar

    LONDON, 1 Julai – Serena Williams membatalkan tugasan media Wimbledon bagi perjumpaan Diraja semalam ketika bintang dari AS itu menyertai Duchess of Sussex pada pertandingan polo.

    Williams adalah rakan karib Meghan Markle dan juara Wimbledon tujuh kali itu adalah tetamu pada perkahwinannya bersama Putera Harry di Windsor Castle pada Mei lalu.

    Sementara itu, wartawan-wartawan di Wimbledon menjangka Serena akan membincangkan kemunculan pertamanya di Grand Slam sejak menjadi ibu pada September lalu.

    Tetapi sebaliknya pemenang utama 23 kali itu menangguhkan sidang akhbarnya selepas sesi latihan pagi bersama adiknya Venus di All England Club.

    Pegawai-pegawai Wimbledon mengumumkan pembatalan itu hanya beberapa minit sebelum Williams dijadualkan berada dalam bilik media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda