ASHEVILLE, 12 Feb – Bekas bintang nombor satu dunia Serena Williams, dia berkata berada di atas “landasan betul” meskipun mengalami kekalahan ketika kemunculannya ke gelanggang tenis semalam bersama kakaknya, Venus di Piala Fed.
Pasangan adik-beradik itu yang bergabung untuk memenangi gelaran double 22, mengalami kekalahan menentang pasangan Belanda Lesley Kerkhove dan Demi Shuurs yang bermain dalam aksi berpasangan pertama mereka.
Dengan kekalahan adik-beradik itu yang mengutip 6-2, 6-3, Serena, 36 tahun kelihatan membuat pergerakan kaki dan pukulan yang perlahan setelah lebih setahun tidak bermain.
Akan tetapi dia berazam untuk menghadapi dengan berani selepas berjaya menewaskan pasukan Amerika 3-1 yang membawa mereka ke pusingan seterusnya menentang pemain dari Perancis pada bulan April nanti.
“Saya berasa bagus untuk kembali ke gelanggang. Saya telah berlatih dan ia sangat mengujakan untuk berada di sini,” katanya.
“Saya sebenarnya berasa lebih baik dari apa yang saya sangka, saya tidak menjangka untuk bermain seperti itu, jadi saya rasa telah kembali ke landasan yang betul.” – AFP