Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serena, Thiem tepati jangkaan

    NEW YORK, 4 SEPT – Serena Williams menempah tempat di pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan lawan dari Rusia Margarita Gasparyan 6-2, 6-4.

    Williams, 38, akan berdepan rakan senegara dari Amerika Sloane Stephens dalam kelompok 32 terakhir.

    “Ia menarik, saya sudah lama bermain dan sekarang saya bermain di era moden di mana tidak ada penonton, semuanya digital. Saya rasa ia lebih tenang,” kata Williams berkenaan norma baharu sukan sepanjang pandemik COVID-19.

    Williams memburu gelaran ketujuh untuk dirinya di Terbuka AS dan rekod 24 Grand Slam milik Margaret Court dalam acara perseorangan.

    Dalam acara lelaki, pemain pilihan kedua Dominic Thiem turut mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Sumit Nagal dari India 6-3, 6-3, 6-2.

    Pemain nombor tiga dunia itu akan bertemu juara edisi 2014 Marin Cilic di pusingan ketiga. “Dia salah seorang juara hebat dekad lalu yang masih aktif. Walaupun tidak berada pada prestasi terbaiknya, dia masih berbisa dalam kejohanan besar sebegini,” kata Thiem, 27, yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.

    Nagal adalah pemain pertama dari India mara ke pusingan kedua Grand Slam sejak tahun 2013. – AFP

    Gambar gabungan menunjukkan aksi Serena Williams semasa membalas pukulan voli menentang Margarita Gasparyan dan aksi Thiem selepas memenangi pusingan kedua Terbuka AS, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda