BUCHAREST, 29 MAC – Jaringan gol pada separuh masa pertama oleh Serge Gnabry sudah cukup untuk Jerman mencatat kemenangan 1-0 di tempat lawan ketika menentang Romania dalam saingan kelayakan Piala Dunia semalam tatkala skuad berkenaan mengadakan protes untuk menyokong hak kemanusiaan.
Pemain sayap Bayern, Gnabry sehingga sekarang menjaringkan 15 gol dalam 19 penampilan untuk skuad kebangsaan.
Jerman ternyata menguasai perlawanan dengan melakukan 18 percubaan, dua kali ganda melebihi Romania.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya pada hujung saingan.
“Kami sebenarnya boleh melakukan dengan lebih mudah. Kami bernasib baik pada minit ke-90 mereka tidak menyamakan kedudukan.
“Kami sepatutnya perlu membuat keputusan lebih awal untuk membolehkan kami beraksi dengan tenang,” kata pemain tengah Jerman, Joshua Kimmich.
Kemenangan itu membolehkan Jerman berada di tangga teratas Kumpulan J dengan hanya kelebihan satu gol mengatasi Armenia yang juga berjaya mencatatkan dua aksi awal. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-22-C_30032021.jpg)