Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sergei Lavrov mulakan rundingan di Pyongyang

    SEOUL, 31 Mei – Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov tiba di Pyongyang hari ini, kata media negara Korea Utara, sebelum sidang kemuncak bersejarah di antara Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

    Lawatan Lavrov diadakan di tengah beberapa siri aktiviti diplomatik untuk menganjurkan sidang kemuncak pada bulan depan, dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo juga bertemu dengan orang kanan pemimpin Korea Utara, Kim Yong Chol di New York lewat semalam.

    “Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov, tiba di sini hari ini atas jemputan Menteri Luar Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) Ri Yong Ho,” kata agensi KCNA dalam satu kenyataan pendek.

    Ia tidak memberikan butir-butir lanjut tetapi agensi berita Rusia Tass berkata kedua-dua menteri luar telah memulakan rundingan di bangunan Perhimpunan Rakyat Agung di Pyongyang.

    Kementerian Luar Rusia berkata sebelumnya mereka menjangka membincang ‘isu penting hubungan dua hala, isu antarabangsa dan serantau.”

    Ri Yong Ho (dua, kanan) ketika mengadakan mesyuarat dengan Sergei Loavrov (kiri) di Pyongyang kelmarin. – AFP

    Lavrov mengadakan lawatan ke Korea Utara untuk kali pertama sejak 2009, menurut Tass.

    Lavrov bercakap kepada rakan sejawatannya di AS, Pompeo menerusi telefon untuk kali pertama semalam sebelum mesyuarat makan malam Setiausaha Negara bersama Kim Yong Chol.

    Washington sedang mendesak Korea Utara supaya melucutkan kesemua senjata nuklearnya dalam cara sah sebagai tukaran kepada pembatalan sekatan dan bantuan ekonomi.

    Namun penganalisis berkata Korea Utara tidak rela melucutkan pencegahan nuklearnya melainkan ia diberikan jaminan keselamatan bahawa AS tidak akan cuba mengguling rejim itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda