Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seri Badi mengaku tidak bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri kabel.

    Seri Badi bin Ladis, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

    Dia didakwa mencuri kabel dari sub-stesen elektrik di Telanai pada 26 Disember dengan bantuan rakannya yang masih bebas.

    Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 16 Januari untuk menentukan tarikh perbicaraan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kamilah binti Mohamad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda