Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Seria Dortmund juara liga bola sepak B12 Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 SEPT – Walaupun ditubuhkan hanya beberapa minggu sebelum liga, gabungan pemain muda yang cemerlang dari Seria Dortmund melebihi jangkaan dengan menewaskan BSRC Vipers dalam perlawanan akhir Liga Bola Sepak 5×5 B12 Belait.

    Diadakan bermula pagi 18 September lalu di padang terbuka Kompleks Sukan Mumong, sebanyak 10 pasukan dari seluruh Daerah Belait yang terdiri daripada warga tempatan mahupun ekspatriat yang menetap di Brunei, berentap melalui dua kumpulan (A dan B) dalam liga bola sepak berkenan.

    Beberapa pasukan bertanding termasuk Panaga Hawks, BFB Seria, BSRC Dragon, BSRC Vipers, dan PBDB B dalam Kumpulan A; manakala PBDB A, BSRC Eagle, Panaga Eagle, Seria Dortmund, dan Muhammad Alam FC bersaing dalam Kumpulan B.

    Di separuh akhir, BSRC Vipers menang menentang Panaga Eagle, manakala Seria Dortmund menang menentang BFB Seria. Ini menyebabkan Panaga Eagle menentang BFB Seria dalam merebut tempat ketiga dalam liga, yang dimenangi oleh BFB Seria.

    Perlawanan akhir kemudiannya diadakan tidak lama selepas itu, di mana Seria Dortmund menentang BSRC Vipers. Kedua-dua pasukan melakukan serang balas yang hebat namun Seria Dortmund berjaya menjaringkan dua gol dan memastikan kemenangan mereka sebagai juara menentang BSRC Vipers.

    Hadir menyelia Liga Bola Sepak B12 Belait yang berlangsung pada pagi itu ialah Haji Rozaimi bin Haji Zainal daripada Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), yang diiringi oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) Morni bin Haji Zakaria.

    Kejohanan dianjurkan oleh PBDB dengan kerjasama FABD, Liga Bola Sepak B12 Belait bertujuan untuk memajukan dan mempromosikan sukan bola sepak, serta meninjau dan memupuk bakat mereka yang berpotensi untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Pasukan Seria Dortmund bergambar bersama pingat dan piala selepas memenangi perlawanan akhir Liga Bola Sepak 5×5 B12 Belait di Kompleks Sukan Mumong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...