Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seria terima Anugerah ESC ASEAN

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 SEPT – Seria telah dipilih sebagai penerima Anugerah Bandar Lestari Alam Sekitar (ESC) ASEAN ke-6, yang diadakan di Langkawi, Malaysia, baru-baru ini.

    Anugerah tersebut merupakan inisiatif di bawah ASEAN Working Group on ESC yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada bandar-bandar ASEAN yang menunjukkan kepimpinan serta kecemerlangan dalam memajukan agenda pembangunan bandar mampan berteraskan kelestarian alam sekitar.

    Pencalonan Seria telah dipersetujui oleh pegawai-pegawai kanan ASEAN yang bertanggungjawab bagi hal ehwal alam sekitar semasa Mesyuarat ke-36 Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Alam Sekitar (ASOEN) yang diadakan sebelum ini pada 29 Julai, dengan pemilihan dibuat berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan untuk menilai kemajuan bandar dalam kemampanan.

    Hadir selaku wakil penerima pada majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, yang disempurnakan oleh Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Haji Amirol Hafidzin selaku wakil penerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH BELAIT

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda