Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serie A diharap ubat luka Juve

    MILAN, 19 April – Juventus membuka lembaran baharu selepas satu lagi kekecewaan kempen Liga Juara-Juara ketika mereka memberi tumpuan untuk mengesahkan gelaran Serie A kelapan berturut-turut di laman sendiri hujung minggu ini.

    Skuad kendalian Mas-simialiano Allegri akan menghoskan Fiorentina dengan hanya memerlukan satu mata untuk menjulang scudetto buat kali ke-35, beberapa hari selepas dikejutkan dalam kekalahan 2-1 kepada Ajax.

    Gergasi Turin itu telah memenangi banyak scudetto berbanding pasukan-pasukan lain di Itali dengan AC Milan dan Inter Milan berada di belakang, masing-masing mempunyai 18 gelaran.

    Pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo terpaksa berpuas hari dengan hanya gelaran Serie A dalam musim pertamanya di Itali selepas terlepas menggenggam gelaran Liga Juara-Juara keenamnya.

    Pemain berusia 34 tahun itu sukar ditenangkan selepas kekalahan kepada Ajax dan masih sunyi di media sosial sejak itu, dengan hatrik hebatnya dalam persaingan 16 menentang Atletico Madrid dan dua tandukan gol ke atas Ajax dalam saingan suku akhir menentang Ajax masih tidak mencukupi.

    Reaksi Ronaldo dan Bonucci ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Ajax di Turin. – AP

    “Dia memberitahu saya bahawa dia tidak menghasilkan keajaiban,” kata ibunya, Dolores Aveiro kepada media Portugal.

    “Dia sangat sedih. Dia teringin pergi ke final tetapi nampaknya bukan kali ini.”

    Juventus mampu menyaingi rekod gelaran liga terawal dimenangi dengan berbaki lima perlawanan yang sebelum ini dicapai oleh Torino pada tahun 1948, Fiorentina tahun 1956 dan Inter Milan tahun 2007.

    Juventus telah memenangi tujuh perlawanan terakhir di laman sendiri bagi saingan Serie A menentang Fiorentina, tetapi jurulatih Vincenzo Montella berazam untuk mencipta kejutan.

    Fiorentina telah mengharungi lapan perlawanan tanpa menang dan tercicir ke kedudukan 10, 13 mata di belakang slot Liga Europa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda