Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serik kongsi kisah peribadi

    Pernah menerima khabar pedih mengenai body shaming gara-gara memuat naik sekeping foto memperlihatkan selulit pada bahagian perutnya dua tahun lalu menjadi antara punca penyanyi lagu Senorita, Camila Cabello serik dan enggan berkongsi kisah peribadinya di laman sosial.

    Menurut Camila, kebebasan yang dimiliki orang ramai membuatkan aktiviti buli sukar dibendung sehingga platform untuk berkongsi perkara baik bertukar menjadi negatif dengan kata-kata berbaur makian.

    “Buat semua yang dikasihi, saya jarang berkongsi mengenai hal peribadi di media sosial kerana ia tidak baik untuk saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengelak daripada dipengaruhi dengan kata-kata yang tidak baik. Biasanya saya tidak akan baca apa-apa komen yang anda tinggalkan.

    “Bagaimanapun, saya sedar laman sosial ini sebenarnya sangat berguna untuk membantu sesiapa sahaja dalam apa jua cara,” katanya. – Agensi

    Camila Cabello berasakan tidak baik untuknya dalam berkongsi hal peribadi di media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda