Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serikandi agihkan kurma kurnia

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 MAC – Kumpulan Syarikat Serikandi telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada jabatan-jabatan dan kakitangannya pada awal petang hari ini.

    Majlis tersebut berjaya dilaksanakan selepas menerima sebanyak 951 kotak kurma kurnia peribadi Baginda Sultan semasa penyerahan yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 16 Mac yang lalu.

    Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad Al-Hijazi. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Kafe dan Restoran Serikandi, Hajah Latifah binti Ambran bersama pegawai-pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Kumpulan Syarikat Srikandi.

    Sementara itu, Haji Khalid dalam ucapan alu-aluannya meluahkan rasa syukur kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atas kurma kurnia peribadi yang telah diberikan kepada kakitangan-kakitangan yang beragama Islam dan beliau berharap mereka dapat menikmati kurma tersebut sebagai juadah berbuka dalam bulan Ramadan.

    Majlis tersebut diteruskan dengan penyerahan kurma kurnia peribadi kepada setiap wakil dari beberapa jabatan-jabatan di bawah Kumpulan Syarikat Serikandi oleh Haji Khalid.

    Dengan majlis yang berlangsung dengan jayanya serta bulan Ramadan yang semakin dekat, Kumpulan Syarikat Srikandi juga tidak sabar untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai sebahagian daripada kewajipan dan tanggungjawab tahunan mereka bagi menyemarakkan lagi sambutan tahunan berkenaan.

    Antara wakil dari jabatan-jabatan di bawah syarikat tersebut menerima kurnia peribadi berkenaan.
    Haji Khalid bersama hadirin semasa sesi bergambar ramai pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda