Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serikandi promosi gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 27 NOV – Sebagai usaha mempromosikan lagi gaya hidup sihat, Kumpulan Syarikat Serikandi dengan kerjasama HSN Fitness telah menganjurkan acara Fitness4U di Taman Rekreasi Jubli Emas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed yang dialu-alukan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan, Shaikh
    Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

    Acara berkenaan merupakan sebahagian daripada program Happy Environment and Lifestyle (HEAL) yang dikendalikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Pusat Promosi Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC), dengan HSN Fitness selaku Duta Aktiviti Fizikal yang dilantik untuk mengendalikan program tersebut.

    Antara aktiviti yang dijalankan sebagai sebahagian daripada program itu termasuk tabata impak rendah, senamrobik, permainan lompat tali, pameran-pameran kecil daripada perniagaan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Seramai 150 orang telah hadir menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan, dengan cabutan bertuah yang diadakan pada penghujung acara memeriahkan lagi suasana.

    Tetamu kehormat menyaksikan salah satu aktiviti yang diadakan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda