Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serikandi Solarvest percepat integrasi tenaga diperbaharui

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 26 MEI – Serikandi Holdings Sdn Bhd dan Solarvest Borneo Sdn Bhd telah mengadakan majlis menandatangani perjanjian pemegang saham di Pejabat Korporat Serikandi untuk menubuhkan syarikat usaha sama baharu, Serikandi Solarvest Sdn Bhd, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis berkenaan dan seterusnya menandatangani bagi pihak Serikandi Holdings Sdn Bhd ialah Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Shaikh Khalid Shaikh Haji Ahmad, manakala Solarvest Borneo Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Leon Liew Chee Ing.

    Usaha sama strategik tersebut bertujuan untuk menyediakan penyelesaian tenaga suria dan tenaga di samping memupuk masa depan yang mampan.

    Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kepelbagaian ekonomi tenaga Brunei, mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, mempercepatkan integrasi tenaga boleh diperbaharui ke dalam landskap tenaga Brunei dan meningkatkan pembangunan mampan negara secara menyeluruh.

    Menerusi usaha sama berkenaan Serikandi Solarvest Sdn Bhd akan menyepadukan kepakaran Solarvest dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dengan kepakaran tempatan Serikandi untuk membangunkan platform tenaga boleh diperbaharui yang komprehensif di Brunei.

    Majlis menandatangani perjanjian antara Serikandi Holdings Sdn Bhd dan Solarvest Borneo Sdn Bhd. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN SYARIKAT SERIKANDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda