Lelaki yang mempunyai kulit gelap kadangkala mengalami masalah dalam berfesyen kerana mereka sangat susah untuk memilih pakaian berbanding lelaki berkulit
cerah kerana keadaan warna kulit yang tidak sama.
Oleh itu, terdapat beberapa cara berfesyen bagi lelaki berkulit gelap yang boleh mencairkan pandangan mata wanita terutama sekali bagi awda yang berani dan pandai bermain dengan warna.
1. ELAKKAN BAJU BERWARNA PUTIH
Warna putih terlalu bertentangan dengan kulit gelap. Jadi, elakkan daripada menggunakan baju berwarna putih. Sebaliknya pilih warna yang neutral seperti warna krim atau merah muda.
2. PILIH T-SHIRT BERWARNA HITAM
Awda perlu menggunakan t-shirt berwarna hitam jika kulit awda gelap. Elakkan memakai baju warna coklat kerana ia menyamai warna kulit awda. Jika awda memakai sneaker, gunakan t-shirt berwarna hitam agar awda kelihatan lebih menawan.
3. GUNA WARNA TERANG
Jika awda menggunakan warna terang, secara tidak langsung pandangan akan tertumpu kepada baju dan kesesuaian badan nampak menjadi lebih baik.
4. SELUAR KHAKIS
Sekiranya awda mengenakan seluar khakis berwarna coklat, pastikan warnanya tidak terlalu terang daripada warna kulit. Warna yang cerah akan kelihatan bertentangan dengan warna kulit awda. Akan tetapi jika menggunakan seluar berwarna gelap pula, ia akan menampakkan awda lebih kelam. Selain itu, awda juga boleh menggunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang.
5. GUNA WARNA MERIAH
Warna jingga, merah atau kuning akan terlihat cantik dan sesuai dengan warna kulit gelap. Semakin gelap warna kulit, semakin terang kemeja yang boleh awda gunakan. Warna merah muda juga merupakan pilihan warna yang sesuai untuk lelaki berkulit gelap.
6. WARNA UTAMA
Bukan sahaja warna-warna terang yang sepadan dengan kulit awda, malahan kebanyakan warna-warna utama juga boleh dipadankan dengan warna kulit lelaki gelap. Namun yang penting, hindari warna biru tua dan hijau kerana ia akan menenggelamkan warna kulit gelap.
7. JAM TANGAN
Setiap lelaki biasa memiliki jam tangan. Bagi lelaki berkulit gelap, sebaiknya pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tidak akan terlihat lebih baik dibandingkan jika awda menggunakan jam tangan besi. Dalam kes seperti ini, pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan awda.
8. WARNA YANG HARUS DIHINDARI
Awda harus menghindari beberapa warna seperti coklat tua, firus, magenta dan hijau daun. Warna-warna gelap tersebut tidak sesuai dengan warna kulit awda. Jika awda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk menggunakan warna-warna yang lebih terang.
9. KACA MATA HITAM
Sebaiknya awda mengenakan kaca mata yang berwarna terang atau reflektif. Kaca mata berwarna hitam akan terlihat kurang menarik kerana ia menyatukan dengan warna kulit awda.
Kaca mata reflektif dapat menonjolkan wajah sehingga ia dapat menjadi pelengkap untuk warna kulit gelap awda.
10. TOPI
Jika awda mengenakan topi, kecerahan adalah kuncinya. Pastikan topi awda tidak musnah dengan keseluruhan penampilan awda. Jangan gunakan topi berwarna coklat tua atau hitam. Topi merah merupakan pilihan yang baik. – Agensi