Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Seronok belajar sambil bercucuk tanam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan paling ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah, lebih-lebih lagi selepas selesai musim peperiksaan.

    Aktiviti di luar persekitaran sekolah itu, tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah, dapat membantu dalam proses menimba ilmu yang tidak semestinya terhad kepada pembelajaran secara teori dalam kelas.

    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa program lawatan akan membantu pelajar menambah ilmu dan pengalaman dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

    Sehubungan itu, berikutan pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2023, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk membawa pelajar keluar merasai sendiri pengalaman belajar di bawah keindahan alam.

    Pengiran Aqeelah Raeesah dan Pengiran Raaniah Zahrah bergambar bersama rakan-rakan ketika lawatan sambil belajar ke taman bunga di Rimba Garden Central (RGC).
    Pelajar dibawa melawat kawasan bunga di RGC.
    Pelajar dibawa melawat kawasan bunga di RGC.
    Gembira berpeluang memilih pokok untuk di tanam dalam aktiviti tersebut.
    Antara pelajar teruja menanam sendiri bunga semasa lawatan sambil belajar ke RGC.
    Pelajar dibawa melawat kawasan bunga di RGC.
    Hajah Mariam bergambar bersama sebahagian pelajar semasa lawatan tersebut.
    Pelajar dibawa melawat kawasan bunga di RGC.
    Pelajar dibawa melawat kawasan bunga di RGC.

    Seramai 85 orang pelajar diiringi oleh tujuh orang guru sekolah berkenaan telah mengadakan lawatan ke taman bunga di Rimba Garden Central (RGC).

    Rombongan pelajar dalam lawatan sambil belajar itu diketuai oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dan diselaraskan oleh Guru Lawatan, Noorazizah binti Abas.

    Lawatan tersebut antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains tentang tanaman, mengenali pelbagai spesies bunga dan tumbuhan yang terdapat di RGC serta membantu mereka menghargai keindahan ciptaan Tuhan selain mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap kelestarian alam semula jadi. Semasa berada di RGC, para pelajar berpeluang menimba pengalaman dan mengetahui teknik menanam menggunakan kaedah dan bahan yang dapat memberikan hasil tanaman yang baik.

    Turut menyertai lawatan itu ialah Pengiran Aqeelah Raeesah binti Pengiran Anak Haji Baharuddin dan Pengiran Raaniah Zahrah binti Pengiran Anak Haji Baharuddin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...