Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seronok belajar seni khat Cina

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) dengan memberi pendedahan mengenai budaya masyarakat Cina kepada pelajar menerusi pameran dan seni khat Cina.

    Acara yang berlangsung di ruang depan pentadbiran sekolah berkenaan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Mata Pelajaran Bahasa Mandarin, Pan Wei Fang. Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Sambutan diisi dengan pameran yang memperlihatkan keistimewaan budaya dan tradisi masyarakat Cina, selain itu, pelajar juga berpeluang menyertai dalam aktiviti seni khat Cina.

    Acara juga dimeriahkan dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar Bahasa Mandarin yang disempurnakan oleh pengetua sekolah.

    Dengan adanya acara berkenaan, ia bukan saja dapat mengajar pelajar dengan lagu TBC dan mengenali zodiak Cina tapi secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Cina.

    Hajah Mariam mencuba aktiviti seni khat Cina pada acara yang berlangsung di ruang depan pentadbiran sekolah kelmarin.
    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti seni khat Cina.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda