Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seronok sertai Pesta Sukan SSMS

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS) telah berjaya menganjurkan Pesta Sukan Prasekolah baru-baru ini di Dewan Serbaguna Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Acara yang diadakan dengan penuh meriah itu telah menyaksikan kerja berpasukan, semangat kesukanan dan nilai kecergasan fizikal yang kuat dalam kalangan peserta kanak-kanak pra sekolah berkenaan.

    Pesta Sukan itu telah dilancarkan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarjana Education Group, Mary Lim, dengan penyertaan beliau dalam acara itu membuktikan komitmen sekolah ke arah memupuk pembangunan holistik melalui aktiviti sukan dan fizikal.

    Acara bermula dengan perarakan atlet muda yang mewakili rumah prasekolah masing-masing iaitu pasukan Blue Shark, Yellow Eagle, Red Lion dan Green Komodo. Ia diikuti dengan sesi pemanas badan yang diketuai oleh Dance Synergie dan dimeriahkan dengan pengisian beberapa jenis permainan sukan menyeronokkan yang disesuaikan dengan kebolehan kanak-kanak prasekolah.

    Penganjuran Pesta Sukan pada tahun ini menunjukkan komitmen berterusan sekolah untuk menerapkan nilai-nilai penting dalam diri pelajar selain memupuk individu yang berpengetahuan luas bukan sahaja berkecenderungan dalam bidang akademik tetapi juga memiliki semangat perwatakan dan kesukanan yang kuat.

    Melalui platform yang mengetengahkan kerja berpasukan, setia kawan dan permainan yang adil itu akan menanamkan persaingan yang sihat dalam setiap pelajar.

    Mary Lim semasa melancarkan Sportsfest SSMS di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. – Gambar serahan SSMS
    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan semasa Pesta Sukan SSMS baru-baru ini. – Gambar serahan SSMS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda