ATHENS, 30 APRIL – Serpihan daripada helikopter tentera Kanada yang hilang semasa operasi NATO telah ditemui di laut antara Greece dan Itali, kata pegawai tentera Greece dan televisyen awam hari ini.
Angkatan bersenjata Kanada berkata helikopter itu telah terbabit dalam satu kemalangan selepas berlepas dari frigat Kanada Fredericton semalam.
Helikopter itu beroperasi untuk Persekutuan Frigat Kanada, di mana ia telah berlepas untuk tugas rondaan.
“Serpihan telah ditemui di zon kawalan dan pentadbiran Itali” di Laut Ionian, beritahu pegawai tentera Greece kepada AFP, menyatakan bangkai adalah milik helikopter Kanada.
“Greece telah menghantar sebuah helikopter marin untuk mengambil bahagian dalam operasi menyelamat,” kata sumber.
Enam orang kru berada dalam helikopter apabila ia hilang semalam, kata pegawai dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Televisyen awam Greece melaporkan seorang mayat telah ditemui di tengah bangkai di perairan antarabangsa di luar pulau Greece Kefalonia. – AFP