Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Serpihan kapal angkasa Challenger ditemui

    CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 11 NOV – Sebahagian besar kapal angkasa yang musnah, Challenger, telah ditemui tertimbus dalam pasir di dasar Lautan Atlantik, lebih tiga dekad selepas tragedi yang membunuh seorang guru sekolah dan enam orang lain.

    Pusat Angkasa NASA mengumumkan penemuan itu semalam. Menurut pengurus NASA, Michael Ciannilli, ia adalah bahagian kapal terbesar Challenger yang ditemui dalam beberapa dekad sejak kemalangan, saki-baki pertama yang ditemui sejak dua serpihan daripada sayap kiri terdampar di pantai pada 1996.

    Penyelam untuk filem dokumentari pertama menemui serpihan itu pada Mac semasa mencari bangkai kapal terbang Perang Dunia Kedua. NASA mengesahkan menerusi video beberapa bulan lalu bahawa serpihan itu adalah sebahagian daripada kapal angkasa yang berkecai sejurus berlepas pada 28 Januari 1986. Kesemua kru terbunuh, termasuk guru pertama yang menaiki kapal angkasa tersebut, Christa McAuliffe.

    Serpihan itu berukuran 4.5 meter dan 4.5 meter, kemungkinan lebih besar kerana sebahagiannya berlumuran pasir.

    Disebabkan terdapat jubin terma segi empat pada serpihan itu, ia dipercayai datang daripada perut kapal angkasa, kata Ciannilli.

    Serpihan itu masih berada di dasar laut di luar pantai Florida berdekatan Cape Canaveral sementara menunggu NASA menentukan langkah seterusnya. Ia kekal hak milik kerajaan Amerika Syarikat. Keluarga kesemua tujuh kru Challenger telah dimaklumkan tentang berita itu. – AP

    Gambar serahan History Channel, penjelajah dan ahli biologi Mike Barnette dan Jimmy Gadomski meninjau serpihan kapal angkasa Challenger yang ditemui di perairan pantai Florida. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...