Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serpihan tayar tembusi sayap pada penerbangan Rom-Perth

    SYDNEY, 26 OGOS – Penumpang dan juruterbang dalam penerbangan Qantas dari Rom terbang selama hampir 16 jam dan mendarat, tanpa menyedari bahagian besar tayar pesawat mereka tercabut dan menembusi sayap.

    Syarikat penerbangan Australia itu hari ini berkata, insiden berlaku pada penerbangan 24 Ogos dari Lapangan Terbang Leonardo da Vinci, Rom ke pantai barat Australia.

    Semasa berlepas di Rom, bunganya dipisahkan dari tayar, merosakkan bahagian bawah sayap kanan Boeing 787 Dreamliner itu.

    Kakitangan hanya menyedari kerosakan pada tayar dan sayap selepas pesawat itu mendarat di Perth, hampir 16 jam kemudian.

    “Kami memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan dan terima kasih atas pemahaman mereka,” kata jurucakap Qantas. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda