Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sertai acara Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024 di OneCity pada 3 Mac

    Oleh Sim Y. H.                                                                                

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan akan mengadakan acara sempena Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024 di Pusat membeli-belah One City, Jalan Salambigar pada 3 Mac, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

                Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan datang ke acara berkenaan untuk menyertai pemeriksaan gigi dan menggunakan aplikasi pencegahan varnis fluorida yang telah disediakan.

                Orang ramai juga bakal berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai pakar pergigian termasuk mengenai bahayanya pendakap palsu dan venir palsu.

                Semasa acara itu, khidmat nasihat kerjaya dan peluang pekerjaan di perkhidmatan pergigian seperti doktor gigi, juruhigin juruterapi pergigian dan pembantu pergigian turut ditawarkan

                Hadiah menarik juga akan disediakan bagi pelbagai permainan, cabutan bertuah dan kepada peserta yang mempunyai kesihatan mulut yang bagus.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda