Selasa, Julai 29, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sertai kempen derma darah 31 Julai dan 2 Ogos

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Sehubungan dengan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah pada 31 Julai di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) anjuran imagine Sdn Bhd dan UBD bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan disambung jam 1 hingga 3 petang.

    Sementara itu, kempen sama juga akan diadakan pada 2 Ogos di Unicorp Sdn Bhd, Lot 64, Tapak Perindustrian Beribi II bermula pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk menderma darah dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha semasa waktu bekerja pada jam 8 hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen berkenaan.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda