Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Kota Batu berlangsung selama dua hari yang bermula hari ini dan akan diteruskan lagi pada 18 Februari di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim.
Sehubungan itu, penduduk kampung yang bermastautin di mukim berkenaan dan yang berumur 18 tahun serta layak untuk mengundi diseru untuk hadir pada 18 Februari untuk mengundi menentukan calon penghulu di mukim berkenaan.
Pada hari itu nanti, sejurus berakhir waktu mengundi, majlis diteruskan dengan proses pengiraan kertas undi dan pengundian yang dilakukan secara dalam talian.
Kehadiran penduduk kampung adalah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing mengundi calon yang dibawa ke majlis pengundian di Mukim Kota Batu.
