Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seru semua negara ke arah planet hijau

    SEOUL, 30 MEI – Para pemimpin dunia hari ini menyeru lebih banyak tindakan dan pembabitan semua negara dalam kempen global menuju ke arah planet lebih hijau dan bersih semasa sidang kemuncak iklim yang dihoskan secara maya oleh Korea Selatan.

    Perubahan iklim adalah ancaman besar kepada pertumbuhan global, dengan bahayanya dari kemerosotan tanaman, cuaca ekstrem yang menjejaskan ekonomi pelancong, wabak penyakit hingga bencana lain yang boleh melemahkan produktiviti.

    Korea Selatan – yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan pembiayaan bagi projek arang antarabangsa – berusaha untuk memikul peranan lebih besar dalam inisiatif global melestarikan kehijauan.

    “Korea Selatan akan memainkan peranan bertanggungjawab sebagai sebuah negara penghubung antara negara-negara maju dan membangun,” kata Presiden Moon Jae-in ketika pembukaan Sidang Perkongsian bagi Pertumbuhan Hijau 2021 dan Matlamat Global 2030 atau P4G.

    Sidang kemuncak dua hari itu adalah yang kedua seumpamanya selepas mesyuarat perasmian diadakan di Copenhagen pada 2018, dan menumpu pada perkongsian swasta-awam, terutamanya dalam negara-negara membangun.

    Negara-negara maju telah meletakkan matlamat pengurangan pelepasan karbon beberapa bulan kebelakangan serta merancang untuk sepenuhnya neutral karbon pada 2050.

    Canselor Jerman, Angela Merkel menyeru negara-negara untuk mengurangkan kebergantungan ke atas bahan api secara berfasa, memberi amaran perubahan iklim yang mengancam nyawa manusia dan ekonomi serta pandemik COVID-19. – AFP

    Presiden Moon Jae-in bercakap semasa majlis perasmian sidang kemuncak iklim di Seoul. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda