Lumrah insan yang digelar selebriti semestinya kisah kehidupan mereka sering menarik perhatian masyarakat terutamanya hal peribadi seperti harta yang mereka miliki.
Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Indonesia menerusi sinetron Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia pernah tersesat di dalam rumahnya sendiri.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini sekali lagi menjadi bualan warganet selepas rakan artisnya, Jessica Iskandar membongkarkan kemewahan yang dimilikinya. Menurut Jessica, pelakon berusia 29 tahun ini memiliki kekayaan yang luar biasa malah hal itu didedahkan olehnya saat mengunjungi kediaman pelakon itu.
Jelas Jessica, dia sedikit terkejut selepas melihat saiz kamar serta saiz katil milik rakannya yang bersaiz luar biasa kira-kira 5×2 meter lebarnya. “Kalau katil kamu bersaiz 5×2 meter bermakna 10 meter lebarnya,” kata Jessica menerusi kunjungannya ke kediaman pelakon cantik ini yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Nia Ramadhani kemudian hanya mengiyakan pertanyaan tersebut. Tambah Jessica lagi, rakannya memberitahu bahawa dia mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia perlukan saiz katil sebesar itu.
Malah, wanita berasal dari Jakarta, Indonesia ini mengakui keinginan itu datang sewaktu dia sedang hamil anak pertama, Mikhayla Zalindra yang kini berusia 7 tahun. – Agensi
