Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah

    SANDAKAN, 2 JULAI – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berusaha keras bersama semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang kian membelenggu penduduk di Sabah, kata Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

    Beliau berkata masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak, bermula daripada pihak berkepentingan iaitu kerajaan Persekutuan melalui Tenaga Nasional Bhd (TNB), kerajaan Sabah, SESB, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di akar umbi.

    “Pengalaman masa lalu memberi pengajaran kepada kita supaya semua pihak berkepentingan bekerjasama dan mengambil sikap menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.

    “Saya dan keluarga juga pengguna elektrik. Apa yang pengguna rasai, kami juga merasai.

    “Sebab itu perasaan kami merupakan sebahagian daripada nadi rakyat, yang sudah tentu beraspirasi agar masalah bekalan eletrik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda