Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SESB sedia 26 janakuasa bergerak tingkat sistem grid tenaga elektrik

    TAWAU, 17 MEI – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyediakan 26 set janakuasa bergerak bagi meningkatkan margin simpanan tenaga di sistem grid elektrik di Sabah yang mendapat permintaan tinggi tenaga itu ketika ini.

    Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Idris Mohd Noor berkata, bermula 2 Mei lepas hingga hari ini, sebanyak 11 set janakuasa bergerak dipasang di sekitar Kota Kinabalu dan Tawau, manakala 15 lagi akan ditambah di lokasi strategik di negeri itu pada minggu depan.

    “Cuaca panas terik sejak akhir-akhir ini menjadi antara punca penggunaan elektrik meningkat mendadak dengan penggunaan tenaga elektrik di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mencapai tahap tertinggi iaitu sebanyak 1,080 megawatt (MW) pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan enam set janakuasa bergerak di SESB Tawau di sini hari ini.

    Beliau berkata, akibat daripada permintaan elektrik yang tinggi itu telah memberi kesan langsung kepada sistem grid Sabah dan SESB hanya akan menguatkuasakan catuan bekalan terhadap pengguna sekiranya terdesak dan tidak mempunyai pilihan lagi. – Bernama

    Cuaca panas terik punca penggunaan elektrik meningkat mendadak di seluruh Sabah dan Labuan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda