Tuesday, October 22, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    SESB teruskan perkukuh kapasiti penjanaan tenaga di Labuan, Sabah

    LABUAN, 10 JULAI – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus memperkasakan kapasiti penjanaan tenaga melalui projek penyewaan lebih 100 unit set jana kuasa yang baharu.

    Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata pengoperasian sepenuhnya set jana kuasa di beberapa lokasi strategik di Labuan, Sandakan dan Lahad Datu itu memberi kesan amat positif terhadap kemampanan Sistem Grid Sabah dan Labuan.

    “Projek ini mula beroperasi secara berperingkat pada Februari lepas, manakala fasa kedua projek di Labuan siap sepenuhnya pada Jun 2024,” katanya selepas meninjau operasi projek ‘rentL gensets’ berkapasiti 20MW di Sistem Jana kuasa Patau-Patau hari ini.

    Beliau berkata untuk kapasiti di Labuan, jumlah keseluruhan penjanaan adalah pada 135 MegaWatt (MW) berbanding permintaan beban pengguna sebanyak 70MW sahaja khusus untuk Labuan.

    “Bagi kapasiti lebihan tenaga di Labuan ini, ia di eksport ke Sabah melalui Sistem Grid setiap hari bagi membantu memastikan Sistem Grid secara keseluruhannya di kedua-dua wilayah adalah baik,” katanya. – Bernama

    Kawasan pengoperasian projek penyewaan set jana kuasa berkapasiti 20MW di SESB Patau-Patau, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda