Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi apresiasi dua karya sastera

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah telah mengungkayahkan Pantaran Sastera DBP: Bedah Karya, 2025 secara hibrid bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas serta melalui penstriman langsung Facebook DBP Brunei, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Dua buah karya sastera diapresiasi melalui dua sesi, di mana sesi pertama, Penolong Profesor, Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Sarah Hanaa binti Haji Ahmad Ghazali membicarakan Bedah Karya Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur karya Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar.

    Seterusnya sesi kedua Bedah Karya Kumpulan Sajak Warisan Abadi karya Chong Ah Fok dibicarakan oleh Timbalan Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UBD, Dr Rozaiman bin Makmun.

    Projek diadakan sebagai usaha mengembangkan kegiatan sastera di Negara Brunei Darussalam dalam mengapresiasi karya sastera; mengangkat martabat bahasa Melayu melalui kegiatan sastera; memberikan kefahaman dan penghayatan terhadap perkembangan sastera tanah air; menjadi sumber rujukan dan panduan para pelajar, peminat sastera serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam bidang sastera.

    Kegiatan tersebut dihasrat dapat memupuk nilai-nilai pemedulian dan perkongsian pengalaman serta pengetahuan para penulis tanah air, penggiat seni sastera, pengkaji, peneliti, ilmuwan dan cendekiawan sastera.

    Impak daripada pembicaraan karya sastera itu akan dimuatkan dalam jurnal Pangsura:Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara sebagai sumbangan sastera terhadap pembinaan dan pengembangan sastera tempatan.

    Dr Sarah Hanaa semasa menerima cenderamata pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Awang Suip hadir selaku tetamu khas pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda