Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi bincang hala tuju pembangunan ekonomi negara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Seramai 87 orang pegawai dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan telah mengikuti program-program di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

    Program berkenaan merangkumi Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) ke-32, Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-36 dan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort ke-10.

    Salah satu modul program berkenaan ialah Sesi Dialog Eksekutif bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Sesi dialog membincangkan tajuk Economic Blueprint For Brunei Darussalam – Economic Growth and Diversification Through Technology and Innovation, yang antara lain mengongsikan status ekonomi negara dan hala tuju pemba-ngunan ekonomi ke arah mencapai Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan.

    Yang Berhormat Dato turut menyentuh peranan teknologi dan inovasi dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negara, selain mengongsikan inisiatif-inisiatif semasa dan perancangan masa depan termasuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    Sesi dialog interaktif tersebut telah memberikan pandangan menyeluruh mengenai perkembangan ekonomi negara serta menyuntik semangat peserta untuk terus mendukung dan merealisasikan pelan tindakan ekonomi negara, khususnya dalam memperkukuhkan keupayaan pemimpin masa depan agar mampu memenuhi keperluan rakyat di era digital yang pesat berkembang.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin, serta pegawai-pegawai kanan dari JPM dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai semasa program tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan pandangan semasa sesi dialog berkenaan.- GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda