Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi bincang pembangunan sektor pelancongan mampan, berdaya saing

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOVMinisterial Session of the Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organisation of Islamic Cooperation (COMCEC) ke-36 berlangsung dua hari baru-baru ini secara maya melalui sidang video.

    COMCEC dirasmikan oleh Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan dan dihadiri oleh negara-negara ahli dan negara-negara pemerhati Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan juga institusi-institusi berkaitan seperti Islamic Development Bank Group; the Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries dan Islamic Chamber of Commerce, Industry and Agriculture. Menurut kenyataan yang diterima di sini, mewakili Negara Brunei Darussalam pada sidang tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah. Dengan tema Promoting Entrepreneurship for Tourism Industry Competitiveness, sidang tersebut membincangkan pembangunan dalam sektor pelancongan yang lebih mampan dan berdaya saing di negara-negara OIC sambil mengambil kira kesan wabak COVID-19 ke atas pelancongan antarabangsa dan industri-industri yang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda