Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi bincang perkembangan ekonomi negara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Sesi Muzakarah dengan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

    Sesi muzakarah berkenaan merupakan sebuah platform perbincangan serta bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan secara konstruktif mengenai kedudukan fiskal negara, perkembangan ekonomi negara dan usaha pempelbagaian ekonomi.

    Hadir selaku pengerusi semasa sesi tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Semasa sesi muzakarah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menekankan kepentingan perpaduan dan kerjasama bagi semua pihak termasuk sektor kerajaan, sektor swasta dan masyarakat melalui pendekatan Whole of Nation untuk sama-sama berganding bahu bagi mencapai ekonomi dinamik yang mampan.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; pemangku setiausaha-setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei serta ketua-ketua jabatan dan bahagian Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Sementara itu, rombongan daripada ahli-ahli MMN telah diketuai oleh Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, yang mana beliau juga menyampaikan ucapan balas semasa permuzakarahan berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir sebagai pengerusi sesi muzakarah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda