Thursday, November 21, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi dialog kongsi perkembangan ekonomi negara

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Status ekonomi Negara Brunei Darussalam dan hala tuju ke arah memajukan ekonomi negara bagi mencapaikan Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035 untuk menjadi Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan diketengahkan dalam Sesi Dialog Eksekutif bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang berlangsung di Dewan Isyraq, Institut Perkhidmatan Awam (IPA), hari ini.

    Sesi dialog berkenaan membicangkan tajuk, Pelan Tindakan Ekonomi: Memperkasakan Pertumbuhan Menerusi Teknologi dan Inovasi, dihadiri oleh seramai 78 orang pegawai dari kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang menyertai program-program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang dijalankan oleh IPA.

    Program-program CSLP berkenaan ialah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kohort-31, Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kohort-35 dan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort-9 pada 2024.

    Turut hadir pada sesi berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan dari JPM dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Semasa sesi dialog berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengongsikan mengenai keadaan ekonomi negara secara am dan status perkembangan sektor-sektor keutamaan negara. Beliau juga menyentuh mengenai peranan teknologi dan inovasi dalam usaha pembangunan dan mempelbagaikan ekonomi negara.

    Di samping itu, Yang Berhormat Dato turut mengongsi inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan dan perancangan masa depan ke arah membangunkan ekonomi. Status pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) turut dimuatkan dalam sesi dialog berkenaan.

    Sesi dialog interaktif itu memapu memberikan pandangan menyeluruh kegiatan terkini dalam perkembangan ekonomi negara dan dapat menyuntik semangat peserta untuk terus sama-sama mendukung dan merealisasikan pelan tindakan ekonomi negara khususnya untuk memperkukuhkan keupayaan pemimpin-pemimpin masa depan bagi memenuhi keperluan orang ramai yang sentiasa berubah terutama pada zaman digital yang pesat berkembang maju.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang menyertai program-program CSLP. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Antara peserta yang menghadiri sesi dialog berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda