Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi dialog tekan penglibatan semua pihak bangun sektor pelancongan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Pendekatan Whole of Nation amat penting dalam usaha untuk terus memperkukuhkan sektor pelancongan Negara Brunei Darussalam.

    Pembangunan sektor pelancongan bukan sahaja tanggungjawab Jabatan Kemajuan Pelancongan tetapi ia memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak termasuk sektor awam dan swasta.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam ucapan alu-aluannya di Sesi Dialog Antara Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dengan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, hari ini.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap, KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; Timbalan Setiausaha Tetap, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim; pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian serta pegawai-pegawai kanan KSSUP.

    Semasa sesi dialog berkenaan, ahli-ahli MMN telah diberikan penerangan mengenai pencapaian dan strategi serta inisiatif terkini Jabatan Kemajuan Pelancongan dalam membangunkan sektor pelancongan dengan taklimat disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah binti Haji Mohd Salleh.

    Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan adalah sejajar dengan pelan hala tuju industri pelancongan Negara Brunei Darussalam 2024-2035 bagi meningkatkan daya saing serta menarik lebih banyak pelancong, sambil memelihara warisan budaya dan semula jadi selaras dengan prinsip-prinsip kelestarian serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

    Sesi dialog berkenaan diikuti dengan sesi perbincangan dan soal jawab.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa menyampaikan ucapannya. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda