Pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce kembali mencuri perhatian apabila berkongsi deretan foto terbarunya bersama suami di Instagram peribadinya, @pevpearce, pada 7 April lalu. Sesi pemotretan tersebut menampilkan konsep monokrom yang elegan dan moden, menggabungkan elemen klasik serta gaya sporty yang unik.
Menerusi foto hitam putih yang dimuat naik dalam bentuk carousel, pasangan ini mempamerkan keserasian mereka dalam suasana romantis berlatarkan pencahayaan artistik, lapor portal Kapan Lagi.
Antara momen yang mencuri tumpuan ialah ketika Pevita tampil anggun dalam gaun hitam panjang, manakala suaminya segak bergaya dalam sut rasmi, berdiri bersama di bawah cahaya spotlight yang membentuk lingkaran dramatik.
Walaupun hanya disertakan kapsyen ringkas berupa emoji hati hitam, perkongsian itu segera menerima reaksi hangat daripada para peminat dan rakan selebriti. Dalam masa sejam, ia berjaya mengumpul lebih 30,000 tanda suka dan ratusan komen yang memuji keindahan visual serta konsep fotografi tersebut.
Penampilan Pevita dan suaminya yang serasi dalam sesi ini sekali lagi membuktikan aura selebriti pasangan ini dalam memadukan estetika dan emosi dalam setiap karya yang ditampilkan. – Agensi
