Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Setiap sekolah terus berusaha untuk membimbing serta membantu pelajar-pelajar mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Dalam hubungan itu, Sekolah Tunas Jaya (STJ) Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) Madang tidak ketinggalan mengadakan sesi motivasi bagi menyuntik semangat bagi para pelajar mereka

