Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi penghakiman pertandingan video siber labuh tirai

    Oleh: Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Cyber Security Brunei (CSB), sebagai negara peneraju untuk meningkatkan kesedaran aktiviti dalam Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN-Jepun, telah mengakhiri proses penghakiman untuk Pertandingan Video Kesedaran Keselamatan Siber ASEAN-Jepun 2024 kelmarin. 
     
    Perwakilan daripada misi diplomatik Jepun dan negara anggota ASEAN berhimpun untuk menentukan pemenang pertandingan, yang bertujuan bagi memupuk kesedaran keselamatan siber dan pendidikan dalam kalangan belia di rantau ini.
     
    Setiap negara yang mengambil bahagian menyerahkan video kesedaran keselamatan siber yang dihasilkan oleh seorang pelajar. Panel 11 orang hakim, terdiri daripada wakil diplomatik, menilai video berdasarkan kejelasan mesej, kreativiti dan kualiti video secara keseluruhan. 
     
    Dalam pada itu, tiga video pemenang teratas akan diumumkan pada Oktober semasa Mesyuarat Dasar Keselamatan Siber ASEAN-Jepun ke-17 di Singapura. CSB akan menganugerahkan hadiah wang tunai sebanyak AS$2,000, AS$1,500, dan AS$1,000 masing-masing kepada pemenang yang mencipta video.
     
    Ini menandakan tahun kedua CSB menganjurkan pertandingan video tersebut dalam Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN-Jepun. Selepas pengumuman pemenang, semua video yang dihantar akan boleh diakses oleh orang ramai di media sosial CSB dan BruCERT; dan juga saluran YouTube.
     
    Perwakilan diplomatik Jepun dan negara anggota ASEAN bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN CSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda