BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Ibu bapa berpeluang berbincang secara langsung bersama pensyarah mengenai perkembangan akademik, kehadiran, sikap belajar dan pencapaian anak-anak mereka semasa sesi perjumpaan ibu bapa anjuran Institut Kemuda baru-baru ini.
Selain mengeratkan hubungan antara pihak institusi dengan ibu bapa serta penjaga para pelajar, perjumpaan itu juga membolehkan ibu bapa berkongsi pandangan dan menunjukkan sokongan padu terhadap usaha anak-anak dan institusi berkenaan.
Institut Kemuda merakamkan penghargaan atas kehadiran dan komitmen ibu bapa yang sudi meluangkan masa demi masa depan anak-anak mereka. Semoga kerjasama tersebut akan terus berkekalan demi kebaikan semua.
