Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesi persekolahan baharu di Tebing Barat bermula

    BAITULMUQADDIS, 9 SEPT – Pelajar Palestin di Tebing Barat yang diduduki memulakan sesi persekolahan baharu pada hari ini.

    Bagaimanapun, situasi berbeza dialami rakan sebaya mereka di Semenanjung Gaza yang berdepan tahun kedua berturut-turut tanpa bersekolah akibat serangan berterusan tentera Israel, lapor Agensi Anadolu.

    Kementerian Pendidikan Palestin dalam satu kenyataan berkata sebanyak 2,459 sekolah kerajaan, swasta dan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengalu-alukan lebih 806,360 pelajar di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

    Menurut kementerian itu, sesi persekolahan di Gaza bagaimanapun masih digantung disebabkan serangan berterusan Israel yang bermula pada 7 Oktober 2023.

    Kementerian itu berkata lebih 10,000 pelajar di Gaza terbunuh dan 15,000 lagi cedera akibat serangan Israel, manakala 19,000 pelajar melarikan diri dari kawasan kediaman mereka.

    Menurut kementerian, sekurang-kurangnya 400 guru turut terkorban di Gaza, dan 90 peratus bangunan sekolah rosak. Selain itu, seramai 39,000 pelajar Gaza tidak dapat menduduki peperiksaan sekolah menengah, dan 58,000 kanak-kanak dinafikan peluang untuk memulakan darjah satu.

    Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah membunuh hampir 41,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain mencederakan hampir 94,800 yang lain. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda