Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesuaikan aksesori yang digunakan

    Setiap wanita mempunyai cita rasa tersendiri dalam menentukan jenis serta bentuk aksesori yang sesuai dan dirasakan cantik pada dirinya.

    Aksesori mempunyai daya tarikannya dalam mendapatkan gaya yang lebih menyerlah dan memukau. Bagi mereka yang dramatik, pasti tertarik dengan aksesori besar yang unik reka bentuknya.

    Pandangan mereka yang gemarkan gaya klasik pula akan tertumpu pada aksesori yang ringkas, tidak terlalu besar atau menonjol.

    Walau apa pun pilihan hati, aksesori berupaya menjadi pelengkap kepada penggayaan seseorang.

    Dalam membentuk gaya yang berkesan menerusi padanan aksesori seperti rantai, subang, gelang atau cincin ini, aksesori itu biarlah harmoni dan sesuai dengan bentuk muka atau badan anda. Bahkan ia perlu harmoni dengan busana yang dipakai.

    Apabila dalam keadaan harmoni maka kita akan tampil lebih cantik dan menarik.

    Harmoni di sini bermaksud kepada bentuk aksesori yang seharusnya berpadanan dengan bentuk muka, kening, hidung, pipi dan mulut kita. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda