Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sesuaikan kepimpinan dengan perubahan global

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Prinsip utama kepimpinan dalam organisasi yang menyesuaikan diri dengan perubahan global telah diketengahkan semasa sesi ceramah yang dianjurkan oleh Britain Brunei Business Forum (BBBF) di Hotel Radisson, di sini pada 29 September lalu.

    Sesi ceramah bertajuk Leading Evolving Organisations in a Time of Global Change telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah, British Forces Brunei dan Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles, Leftenan Kolonel Hugo Stanford-Tuck.

    Terdahulu sebelum ceramah, Pengerusi BBBF, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dalam kata alu-aluannya merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam atas sokongan mereka dalam menganjurkan ceramah itu.

    Beliau menyatakan bahawa BBBF amat berbesar hati kepada Leftenan Kolonel Hugo Stanford-Tuck yang mengongsi kepakarannya kepada ahli-ahli serta tetamu BBBF di mana pandangannya mengenai kepimpinan dalam perubahan global adalah amat relevan kepada perniagaan yang ingin mengemudi dalam landskap geopolitik dan ekonomi yang sentiasa berubah.

    Ceramah dihadiri oleh Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, Kapten (RN) Jon Caple dan serta kira-kira 40 orang pemimpin perniagaan dan ahli BBBF.

    Dalam ceramahnya, Leftenan Kolonel Hugo Stanford-Tuck memberikan pandangannya mengenai strategi bagi mengemudi organisasi melalui landskap yang pesat berubah serta juga prinsip kepimpinan yang diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi menyesuaikan diri kepada dinamik perubahan global.

    Pengiran Aki Ismasufian semasa menyampaikan kata-kata aluan semasa majlis tersebut bertempat di Hotel Radisson, baru-baru ini. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Persembahan oleh IRGR Pipes and Drums menyerikan lagi sesi ceramah anjuran BBBF berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda