Saturday, May 24, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setakat mana orang kaya ‘memiliki’ daging korban?

    (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    PADA Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, amalan menyembelih korban giat dilaksanakan di sana sini. Kebiasaannya pada waktu tersebut juga dilakukan pembahagian daging-daging korban untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

    Seperti yang diketahui, pembahagian daging korban adalah berpandukan sepertimana yang disyariatkan oleh syarak.

    Hasilnya, pembahagian daging korban dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati, serta menjaga segala aspek yang dituntut oleh syarak.

    Jika proses ibadah korban bermula dari pemilikan binatang sehinggalah kepada pembahagian daging korban diberi perhatian agar selari dengan kehendak syarak, maka adalah wajar jika usaha yang sama ditumpukan juga kepada aspek si penerimanya pula. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bagaimana daging tersebut diperlakukan setelah berada di tangan orang yang menerimanya, sama ada melalui sedekah ataupun hadiah.

    Oleh yang demikian, perbincangan pada kali ini adalah khusus mengenai golongan orang kaya yang dihadiahkan daging korban, serta perkara yang diharuskan dan dilarang oleh syarak kepada mereka.

    Pembahagian daging korban sunat

    Secara ringkas, seorang yang menyembelih korban sunat untuk dirinya, adalah disunatkan membahagi daging binatang korban tersebut kepada tiga bahagian seperti berikut:

    1. Sepertiga (1/3) untuk dirinya

    Disunatkan bagi orang yang berkorban itu memakan sebahagian daripada sepertiga sembelihan korbannya sebagai mengambil berkat.

    Afdhal baginya memakan hati binatang tersebut kerana mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

    2. Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin

    Sepertiga yang disedekahkan kepada golongan fakir miskin itu wajib dalam keadaan mentah, iaitu tidak dimasak. Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah Ta‘ala, maksud fakir miskin di sini adalah sesiapa yang dihalalkan baginya (menerima) zakat.

    Maka hak orang fakir miskin pada daging tersebut adalah untuk dimiliki. Adapun maksud ‘milik’ di sini ialah diharuskan baginya:

    1) Memakan daging tersebut.

    2) Menjual dan seumpamanya.

    Dapat difahami di sini bahawa golongan fakir miskin juga boleh memberikan daging korban tersebut kepada orang Islam yang lain, sama ada dalam keadaan mentah ataupun sudah dimasak, sama ada kepada orang miskin atau orang kaya.

    3. Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang kaya

    Sepertiga yang terakhir pula dihadiahkan kepada golongan kaya, sama ada masih dalam keadan mentah, ataupun daging tersebut dimasak kemudian dijemput golongan kaya tadi dan dijamu makanan tersebut kepada mereka.

    Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah Ta‘ala, maksud orang kaya di sini adalah mereka yang diharamkan (menerima) zakat. Mereka boleh jadi terdiri daripada ahli-keluarga, saudara-mara, jiran-tetangga, sahabat-handai, para pekerja dan yang seumpamanya (yang bukan daripada golongan fakir miskin).

    Selain daripada orang kaya itu sendiri, diharuskan juga bagi ahli keluarganya seperti isteri dan anak-anaknya dan seumpamanya untuk menikmati daging korban tersebut.

    Sekiranya golongan kaya ini dijemput ke rumah orang yang berkorban (mudhahhi) dan dijamu dengan daging korban yang sudah dimasak, maka haknya pada makanan itu adalah setakat untuk dimakannya sahaja. Kerana itu, adab-adab sebagai tetamu hendaklah juga dijaga dan dipelihara, khususnya semasa dalam majlis tersebut, antaranya dia tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi makanan tersebut kepada kucing dan seumpamanya atau menyedekahkannya atau memberikannya kepada orang lain.

    Jika sekiranya makanan tersebut dibawa balik, maka ahli keluarga orang kaya yang dijamu tadi juga termasuk orang yang diharuskan memakannya.

    Daging korban pada orang kaya melebihi dari mencukupi

    Seperti yang sudah dijelaskan, dalam perkara korban sunat, golongan kaya juga menerima pembahagian daging korban.

    Namun kadangkala apa yang berlaku ialah daging mentah yang dihadiahkan itu, sama ada yang masih segar atau yang sudah dibekukan, iaitu yang disimpan dalam peti sejuk beku (freezer), dirasakan terlalu banyak atau melebihi daripada mencukupi.

    Jika golongan orang kaya yang dihadiahkan daging tadi bercadang hendak memberikan pula daging tersebut kepada saudara mara, jiran, rakan-rakan atau seumpamanya, bagaimanakah cara yang dibenarkan untuknya memberi atau menghadiahkan daging korban tersebut kepada orang lain? Maka penjelasan ringkas mengenai perkara ini adalah seperti berikut.

    Perkara yang diharuskan dan dilarang

    Seringkali timbul kekeliruan yang mengatakan bahawa apabila orang kaya dihadiahkan daging korban, ini bererti dia ‘memilikinya’ dan boleh melakukan sebagaimana yang dikehendakinya terhadap daging tersebut sepertimana orang fakir miskin ‘memiliki’ daging korban.

    Hukum golongan kaya yang dihadiahkan daging korban berbeza dengan golongan fakir miskin. Ini kerana menurut syarak, pada asalnya bahagian daging yang dihadiahkan kepada orang kaya itu hanyalah setakat untuk dimakannya sahaja dan bukan untuk ‘dimiliki’ seperti untuk dijual atau untuk tujuan lain seumpamanya.

    Hukum mengenai orang kaya tidak ‘memiliki’ daging korban adalah muktamad, sekalipun orang yang berkorban itu berkata kepada penerima yang kaya, umpamanya:

    “Aku hadiahkan kepada kamu daging (korban) ini (untuk) menjadi milik kamu, dan lakukanlah sepertimana yang kamu kehendaki”.

    Menurut beberapa ulama, hukumnya adalah tidak harus, malahan haram bagi golongan kaya untuk ‘memiliki’ daging tersebut, dengan erti kata untuk menjual atau seumpamanya, melainkan terhad kepada beberapa perkara yang diharuskan oleh syara‘.

    Oleh yang demikian, menurut syarak apabila orang kaya dihadiahkan daging korban yang mentah, maka dia, dan termasuk warisnya, hanya diharuskan setakat:

    Memakannya.

    1) Dilarang menjual dan yang seumpamanya daging korban tersebut.

    2) Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam.

    Dilarang menghadiahkan daging korban yang mentah kepada golongan kaya.

    3) Menjamu orang Islam, iaitu dengan memasak daging korban tersebut kemudian menjamu makanan tersebut kepada orang-orang Islam sama ada mereka itu terdiri daripada golongan fakir miskin ataupun golongan kaya.

    Dilarang:

    1) Menjual dan yang seumpamanya daging korban yang sudah dimasak.

    2) Secara mutlak menjamu orang bukan Islam (kafir), sama ada miskin atau kaya. Larangan ini bukan sahaja terhad kepada orang yang berkorban itu sendiri (mudhahhi), bahkan juga dilarang dilakukan oleh fakir miskin yang disedekahkan dan orang kaya yang dihadiahkan daging korban.

    Antara perkara yang utama yang perlu diingat bahawa daging korban itu, sama ada yang masih mentah ataupun yang sudah dimasak, dilarang secara mutlak untuk diberikan, disedekahkan atau dihadiahkan kepada orang bukan Islam. Oleh itu, tidak boleh malahan dilarang ke atas orang yang berkorban ataupun fakir miskin dan juga orang kaya yang menerima daging korban itu memberikan, menghadiahkan atau menyedekahkannya kepada orang bukan Islam.

    Oleh itu, tidak boleh malahan dilarang ke atas orang yang berkorban ataupun fakir miskin dan juga orang kaya yang menerima daging korban itu memberikan, menghadiahkan atau menyedekahkannya kepada orang bukan Islam.

    Berdasarkan penjelasan di atas, maka sewajarnya bagi mereka yang diberikan atau menerima daging korban, lebih-lebih lagi yang sudah dimasak, supaya berhati-hati agar daging korban itu tidak dijamu atau dihidangkan kepada ahli keluarga, saudara-mara, jiran, sahabat atau pekerja yang bukan beragama Islam.

    Selain daripada itu, menurut ulama, sekiranya seorang kaya yang dihadiahkan daging korban itu meninggal dunia sebelum sempat memakannya atau menghadiahkannya, maka ahli waris si mati tadi tetap juga dituntut untuk memelihara perkara yang dilarang dan diharuskan oleh syarak terhadap daging korban tersebut sepertimana yang dikenakan ke atas orang kaya yang pada asalnya dihadiahkan daging tersebut. Ini bermakna hak pewaris orang kaya terhadap daging korban tersebut hanya setakat untuk dimakan atau disedekahkan atau untuk dijamu kepada fakir miskin dan orang kaya di kalangan orang Islam.

    Sebagai kesimpulan, golongan orang kaya yang menerima daging korban hendaklah berwaspada dan berhati-hati terhadap daging yang telah dihadiahkan kepada mereka agar terhindar dari melakukan sebarang perkara yang menyalahi hukum syarak. Ini kerana sekalipun dihadiahkan daging korban bukan bererti ‘memilikinya’.

    Terdapat syarat-syarat yang wajib dipatuhi seperti tidak memberikannya kepada orang bukan Islam sama ada yang mentah ataupun yang sudah dimasak. Dia juga tidak mempunyai hak untuk menjual atau seumpamanya, melainkan hanyalah untuk dimakannya serta keluarganya, atau menyedekahkannya kepada fakir miskin dalam keadaan mentah ataupun memasaknya kemudian menjamu tetamunya dalam kalangan orang Islam, sama ada golongan fakir miskin dan juga orang kaya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/ pkv games