Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Setelah 6 tahun merawat, isteri diceraikan

    Enam tahun bukan masa yang singkat. Aku menjaga suamiku yang lumpuh akibat kemalangan serius. Pada hari-hari pertama, hidupku seakan runtuh, mana tidaknya, aku kehilangan seorang suami yang ceria, dan yang tinggal hanyalah seorang lelaki yang bergantung sepenuhnya padaku. Namun, aku berjanji kepada diriku sendiri, aku tidak akan menyerah.

    Setiap hari aku bangun lebih awal, menyediakan sarapan, memandikannya, dan membawanya ke hospital untuk terapi. Selepas itu, aku bekerja sepenuh masa sebelum pulang untuk menyambung tugas menjaga anak-anak dan rumah tangga. Ada kalanya aku menangis sendirian kerana penat, tetapi aku selalu berkata pada diri, “Ini suamiku, tanggungjawabku.”

    Enam tahun aku hidup begini. Aku tak pernah minta apa-apa, hanya inginkan senyumannya. Dan akhirnya, Tuhan menjawab doa-doaku. Dia mula menunjukkan perkembangan. Daripada bergerak dengan tongkat sehingga mampu berjalan semula.

    Hatiku berbunga-bunga. Aku fikir, inilah kebahagiaan yang kami nanti-nantikan.

    Tetapi malangnya, kebahagiaan itu tidak lama. Selepas dia pulih sepenuhnya, dia berubah.

    Foto Canva

    Dari seorang yang sentiasa menghargai, menjadi seseorang yang dingin. Kemudian, suatu malam yang tidak akan aku lupakan, dia duduk di hadapanku dan berkata, “Abang rasa kita tak boleh teruskan. Abang mahu cari kebebasan yang dah lama hilang.”

    Dunia seakan berhenti seketika. “Maksud abang apa?” tanyaku, cuba memahami kata-katanya. Dia menghela nafas panjang lalu berkata, “Abang nak kita bercerai. Abang rasa perlukan ruang untuk mulakan hidup baharu.”

    Aku terduduk. Bagaimana mungkin? Aku korbankan masa, tenaga, jiwa, segalanya untuk dia. Kini, setelah dia pulih, dia memilih untuk pergi. Aku tertanya-tanya, adakah aku tersalah langkah dengan memberikan segalanya tanpa menyisakan sedikit untuk diriku sendiri?

    Hingga hari ini, aku masih mencari kekuatan untuk melangkah. Kepada mereka yang pernah mengalami hal seperti ini, bagaimana awda menemukan makna dalam luka?

    Afina

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih Afina kerana kongsikan kisah yang sungguh menyentuh hati. Perasaan kehilangan, pengorbanan, dan kekecewaan yang awak alami jelas sekali begitu mendalam.

    Perhatian dan pengorbanan selama enam tahun yang dicurahkan dengan penuh tanggungjawab seolah-olah disia-siakan olehnya seperti yang awda ceritakan. Untuk bertahan dalam situasi sebegini memerlukan kekuatan yang besar.

    Ini adalah masa untuk awda mencari kembali kekuatan yang ada pada diri. Adakalanya, kita perlu mengambil langkah mundur dan merenung kembali perjalanan hidup kita, menilai semula apa yang kita perlukan dan inginkan dalam hidup.

    Berilah peluang untuk menangis, berduka, tetapi juga ambil masa dan kumpul kekuatan dan semangat untuk bangkit kembali. Kadang-kadang, kesedihan itu boleh membuka pintu untuk penemuan diri dan kebahagiaan yang lebih besar pada masa hadapan.

    Mungkin ini juga adalah masa untuk awda berhenti menggantungkan harapan pada sesuatu yang tiada pulangan. Jika cinta yang diberi tidak dibalas dengan setimpal, mungkin inilah masa untuk mencintai diri sendiri, anak-anak dan ibu bapa atau mereka yang sentiasa menyokong awda. Berilah cinta, kasih sayang dan perhatian kepada mereka yang selayaknya dan mampu menghargai awda selepas ini.

    Dapatkan juga bantuan profesional seperti menghadiri sesi kaunseling atau berjumpa dengan ahli keluarga dan pihak-pihak yang dipercayai untuk berkongsi perasaan atau mengurangkan tekanan.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Mimpi ngeri hilang ingatan akibat ensefalitis autoimun

    CALIFORNIA - “Tahun saya mula kucar-kacir,” begitulah Christy Morrill...

    Kongsi inspirasi kejayaan akademik di sebalik tuntutan kehidupan

    SHAH ALAM – Hari ketika Julia Rita Nordin melangkah...

    Polis mohon bantuan kenal pasti mayat lelaki tanpa tangan ditemukan di...

    SIBU, 6 OKT - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

    Dilema cinta: Antara kesetiaan dan masa depan

    Saya sudah bersamanya selama sembilan tahun. Sembilan tahun yang...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...