Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengeluarkan produk filateli khas iaitu Setem Kenang-kenangan 40 Tahun Penubuhan UBD, hari ini. Dalam kenyataan JPP, sempena sambutan ulang tahun ke-40 UBD, JPP telah memperkenalkan empat reka bentuk setem,

